Wednesday, December 23, 2009

Monday, December 21, 2009

Cyling Hunt di Wetland Putrajaya

Program ini adalah anjuran kelab BMKD.Husband aku turut serta dalam acara ini dan tidak ketinggalan anak2 aku .walaupun acara kanak2 tidaklah manarik tetapi di orang tetap suka.kumpulan husband aku dapat tempat ketiga.ini antara gambar2 yang telah di snap dari blog zila.jangan marah ye zila........



Thursday, December 10, 2009

Brithday ariff 2 Tahun

Sekejap je masa berlalu, ari ni 10/12/2009 genap umur ariff 2 tahun.selamat hari lahir sayang ,semoga dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh.balik nanti ibu belikan kek untuk ariff.sepanjang menjaga ariff sehinggalah umurnya 2 tahun, dia seorang yang sangat aktif dan adalah sedikit kenakalanya.

Monday, November 30, 2009

Ariff masuk ward

Ari jumaat lepas ariff batuk teruk ngan muntah sekali.sabtu tengahari aku pon bawa ariff pergi hospital serdang.jururawat yang bertugas pada ari tu,membuat pemeriksaan dan mengatakan bahawa pernafasan ariff terlalu laju, terus je dia suruh aku masuk kat kecemasan untuk ambik gas.semasa kat kecemasan ariff ambil gas 2 kali, tapi x ok juga.pastu doktor ambil darah dan buat xray.doktor kata ariff terpaksa masuk wad kerana ada jangkitan kuman kat paru2 dan ada asma.selama 5 ari ariff di wad, ariff terlalu aktif letih rasanya nak mengejar dia,waktu aku boleh rehat semasa dia tidor je.tapi sekarang alhamdulillah ariff dah sihat macam biasa.

Wednesday, November 18, 2009

Terharu

Semalam kakak dapat anugerah cemerlang dalam mata pelajaran bahasa arab.aku rasa terharu sgt kerana ini kali pertama anak sulung yang berada dalam alam persekolahan mendapat keputusan cemerlang.Esok pula sekolah agama akan mengadakan anugerah cemerlang , sekali lagi kakak mendapat mata pelajaran terbaik iaitu muqadam mendapat tempat pertama syukur alhamdulliah.Semoga kejayaan yang dicapai ari ni akan berkekalan.Ibu dan ayah akan sentiasa memberi sokongan.

Friday, November 6, 2009

Ariff check-up

Semalam aku bawa ariff gi check-up,berat naiklah berbanding dengan dulu 9.0kg tapi semalam 9.9kg.Tapi jururawat tu cakap walaupun dah naik masih lagi kena pantau.tahun depan bulan 1 ariff gi check-up lagi, nak bagi makan ubat cacing.

Tuesday, November 3, 2009

Ariff tak sihat


Kesian ariff dan masuk 3 hari batuk ngan selsema.Tapi aku x bawa gi klinik pon, sebab dia x deman.lagi pon ari khamis ni aku kena gi bawa dia check-up.aku harap ariff cepat sembuh dan berat badan dia naik .walaupun badan x larat ariff masih aktif bermain tu yang membuat aku seronak melihat telatahnya.sekarang ni pon ariff dah nak masuk 1 tahun 11 bulan.