Wednesday, December 23, 2009

Monday, December 21, 2009

Cyling Hunt di Wetland Putrajaya

Program ini adalah anjuran kelab BMKD.Husband aku turut serta dalam acara ini dan tidak ketinggalan anak2 aku .walaupun acara kanak2 tidaklah manarik tetapi di orang tetap suka.kumpulan husband aku dapat tempat ketiga.ini antara gambar2 yang telah di snap dari blog zila.jangan marah ye zila........



Thursday, December 10, 2009

Brithday ariff 2 Tahun

Sekejap je masa berlalu, ari ni 10/12/2009 genap umur ariff 2 tahun.selamat hari lahir sayang ,semoga dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh.balik nanti ibu belikan kek untuk ariff.sepanjang menjaga ariff sehinggalah umurnya 2 tahun, dia seorang yang sangat aktif dan adalah sedikit kenakalanya.

Monday, November 30, 2009

Ariff masuk ward

Ari jumaat lepas ariff batuk teruk ngan muntah sekali.sabtu tengahari aku pon bawa ariff pergi hospital serdang.jururawat yang bertugas pada ari tu,membuat pemeriksaan dan mengatakan bahawa pernafasan ariff terlalu laju, terus je dia suruh aku masuk kat kecemasan untuk ambik gas.semasa kat kecemasan ariff ambil gas 2 kali, tapi x ok juga.pastu doktor ambil darah dan buat xray.doktor kata ariff terpaksa masuk wad kerana ada jangkitan kuman kat paru2 dan ada asma.selama 5 ari ariff di wad, ariff terlalu aktif letih rasanya nak mengejar dia,waktu aku boleh rehat semasa dia tidor je.tapi sekarang alhamdulillah ariff dah sihat macam biasa.

Wednesday, November 18, 2009

Terharu

Semalam kakak dapat anugerah cemerlang dalam mata pelajaran bahasa arab.aku rasa terharu sgt kerana ini kali pertama anak sulung yang berada dalam alam persekolahan mendapat keputusan cemerlang.Esok pula sekolah agama akan mengadakan anugerah cemerlang , sekali lagi kakak mendapat mata pelajaran terbaik iaitu muqadam mendapat tempat pertama syukur alhamdulliah.Semoga kejayaan yang dicapai ari ni akan berkekalan.Ibu dan ayah akan sentiasa memberi sokongan.

Friday, November 6, 2009

Ariff check-up

Semalam aku bawa ariff gi check-up,berat naiklah berbanding dengan dulu 9.0kg tapi semalam 9.9kg.Tapi jururawat tu cakap walaupun dah naik masih lagi kena pantau.tahun depan bulan 1 ariff gi check-up lagi, nak bagi makan ubat cacing.

Tuesday, November 3, 2009

Ariff tak sihat


Kesian ariff dan masuk 3 hari batuk ngan selsema.Tapi aku x bawa gi klinik pon, sebab dia x deman.lagi pon ari khamis ni aku kena gi bawa dia check-up.aku harap ariff cepat sembuh dan berat badan dia naik .walaupun badan x larat ariff masih aktif bermain tu yang membuat aku seronak melihat telatahnya.sekarang ni pon ariff dah nak masuk 1 tahun 11 bulan.

Wednesday, October 28, 2009

Berat Badan Naik

Pagi tadi aku timbang berat badan ,sungguh kecewa kerana berat dah naik.kalau sebelum ni 53kg dan sekarang dah naik 54kg 1kilo naik tu.......aku akan cuba untuk mentelkan semula berat aku yang dulu.Insyallah aku akan cuba dan cuba utuk kuruskan badan aku ni.

Wednesday, October 14, 2009

Jamuan Hari Raya

Ari jumaat lepas kami buat jamuan hari raya.Jamuan tu kami wat kat tempat zila.Antara makanan yang kami bawa lemang, rendang, nasi impit dan kuah lodeh dan juga biskut raya.Walaupun makanan x banyak ,suasana tu sungguh meriah sekali.Inilah kali pertama kami buat jamuan raya , Insyallah kalau panjang umur tahun depan kami buat lagi.

Wednesday, September 16, 2009

Persiapan Ari Raya

Dah tinggal beberapa ari lagi kita semua akan menyambut ari raya.setakat ni alhamdulilah semua persiapan untuk ari raya semuanya dan siap termasuk baju raya anak-anak dan juga biskut raya.Kepada semua umat islam selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir batin.kepada mereka yang akan pulang ke kampung halaman berhati-hatilah di jalan raya, semoga selamat sampai ke destini yang dituju.

Wednesday, September 2, 2009

Kejap masa berlalu

Ari dah masuk 12 ari umat islam berpuasa,setakat ni alhamdulilah aku dapat puasa penuh lagi, harap2 tahun ni puasa aku cukuplah 30 ari.rasanya dah dekat kita nak raya.raya tahun macam biasa aku akan balik kampung suamiku, ari raya ke2 baru balik umah aku kelantan.apa2 pun aku dapat balik kelantan,sukanya.kepada semua umat islam selamat berpuasa dan selamat menyambut ari raya.

Tuesday, August 25, 2009

Hari ke empat puasa

cepat betul masa berlalu, ari ni dah 4 ari kita puasa.sekarang ni aku x tahu dah nak masak apa.tolonglah bagi aku idea.betul-betul dah pening ni.apa-apa pun selamat berpuasa kepada semua umat islam.

Monday, August 17, 2009

Besday Mohd Shah

kejap je masa berlalu, ari ni genaplah umur mohd shah 4 tahun.selamat hari jadi sayang.Ibu dan ayah doakan semoga di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki, dan menjadi anak yang soleh.Amin

Friday, August 14, 2009

Bawa ariff check-up


Petang semlm aku bawa ariff gi check-up,berat dia turun lagi berbanding sebelum ni 9.2kg, tapi semlm 9.0kg.Mungkin gak berat dia turun sebab baru je baik deman.ingatkan x nak gi lagi klinik lagi, tapi terpaksa gi gak sebab berat ariff turun dah nak masuk line kuning. harap-harap dlm masa 3 bln ni berat ariff naik balik, nati x yah gi klinik lagi.

Monday, August 10, 2009

Mc

Minggu lepas aku gi klinik putrajaya,aku rasa badan sejuk semacam je lepas tu batuk x henti-henti, takut la gak semenjak penyakit H1N1 ni,alhamdulilah doktor cakap aku deman ngan batuk biasa je, lepas tu doktor bagi aku ubat batuk , panadol dan ubat selsema pastu dpt mc 2 hari.tapi sampai ari batuk aku x gak baik2 lagi,mintak2lah cepat baik. amin.....

Ariff 1 Tahun 8 Bulan

Ari ni genaplan umur ariff 1 tahun 8 bulan.cepat sungguh masa berlalu,sekarang ni ariff dah pandai buka seluar sendiri, pakai kasut dan macam2 lagi.Aku doakan semoga ariff menjadi anak yang soleh.sekarang ariff x da lah manja macam dulu lagi.

Wednesday, August 5, 2009

makan free

Lunch tadi aku and the geng gi makan nasi beriani gam dekat uniten tu.memang sedap gila tambah2 cap f lagi le sedap. terima kasih daun keladi kepada yang belanja, lain kali lehlah belanja lagi...........

Tuesday, August 4, 2009

Ariff Deman

Malam tadi aku bawa ariff gi hospital serdang,sebab badan dia panas sgt.sampai je kat hospital terus je dia orang periksa dia punya suhu badan , suhu dia 38.7.dah lah suhu badan dia boleh dikatakan tinggi la jugak, dia suruh aku tunggu nanti dia org panggil no. giliran. begang gila, pastu aku gi cakap kat nurse tu, budak ni badan dia semakin panas, pastu dia cakap x bagi ubat pa2 ke. aku cakap x, lepas tu dia terus bagi ubat masuk kat punggung.alhamdulillah badan dia kuranglah sikit panas.aku duk kat hospital dari kul 7.00 ptg sampai kul 12.00 mlm tadi.sekarang ni mengantuk gila..................minta-mintalah ariff cepat sembuh.kesian ariff

Wednesday, July 22, 2009

Gambar Anak Era Fazira






Engku Aleesya (Engku Emran) selamat dilahirkan secara normal di Hospital Pakar Perubatan Damansara di sini pada pukul 11.40 pagi, 30 Mac lalu.

Alahai, comelnya anak Erra Fazira…

Roslin Tuntut RM50,000



KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara, Roslin Hashim, 34, merancang mengemukakan saman RM50,000 terhadap bekas isteri yang dikahwininya 12 hari sebagai tuntutan ganti rugi terhadap belanja dan kos perkahwinan yang dikeluarkan sebelum ini.

Dia yang dihubungi Harian Metro semalam berkata, hasrat berkenaan berikutan keinginan menuntut kembali haknya sepanjang melayari perkahwinan singkat itu.

Menurutnya, saman berkenaan akan difailkan sejurus dia memperoleh surat pembatalan pernikahan yang kini belum dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya di sini.

“Saya tidak berdendam dan marah dengan kemelut yang pernah menjadi isu besar sehingga membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya mahukan hak saya dikembalikan. Yang lepas biarlah lepas, namun saya tetap dengan pendirian itu tanpa dipaksa sesiapa,” katanya yang enggan mengulas secara panjang lebar.
Roslin berkata, surat pembatalan pernikahan sepatutnya boleh disiapkan dalam tempoh dua minggu, namun dia pelik mengapa ia belum dikeluarkan walaupun perceraian mereka disahkan mahkamah pada awal Mei lalu.
Akibat kelewatan surat pembatalan pernikahan itu, saya terpaksa menangguhkan proses memfailkan saman terhadap bekas isteri,” katanya.

Sebelum ini, difahamkan mahkamah meminta Roslin menyerahkan dokumen perkahwinan sah untuk membolehkan proses mengeluarkan surat pembatalan pernikahan dibuat.

Bagaimanapun, ia tertangguh sementara berikutan dia hanya menyerahkan surat dokumen perkahwinan sementara kerana belum menerima dokumen asal yang diperlukan mahkamah.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian saya melalui peguam, menyerahkan dokumen itu untuk mempercepatkan proses mendapatkan dokumen pembatalan pernikahan tapi kecewa kerana ia belum dapat diselesaikan hingga kini,” katanya.

Ditanya sama ada keinginannya mendapatkan segera surat itu ada kaitan dengan hasrat untuk berkahwin kali kedua, Roslin enggan mengulas lanjut dan menyerahkan perkara itu kepada takdir Ilahi.

“Masih terlalu awal untuk membincangkan soal itu (perkahwinan kali kedua) kerana saya mempunyai banyak perkara mustahak lain yang perlu diuruskan saat ini,” katanya.

Kisah Roslin dan bekas isterinya, Faizah Mohamad, 32, pernah menjadi isu hangat apabila pemain badminton negara itu dikatakan tiba-tiba melafazkan cerai talak satu hanya selepas 12 hari mendirikan rumah tangga.

Roslin yang melafazkan cerai di rumah bapa mentuanya di Puchong, dekat sini, mendakwa mempunyai alasan kukuh yang menyebabkan dia terpaksa melepaskan isterinya itu.

Bagaimanapun, Faizah mendakwa Roslin mengambil keputusan terburu-buru menceraikannya sedangkan kemelut melanda rumah tangga mereka sepatutnya boleh diselesaikan melalui perbincangan.

Konflik berkenaan berakhir apabila Hakim Syarie Jamil Ahmad memutuskan lafaz cerai dibuat Roslin pada 11 Februari lalu adalah sah berdasarkan sumpah yang dibuat pemain badminton itu yang menyatakan tiada persetubuhan berlaku antara mereka berdua sepanjang perkahwinan.

Thursday, July 16, 2009

Tag dari zilla

1) Bila last kena marah?
Dua bulan lepas

2) Kena marah dengan siapa? Letakkan nama penuh beliau.
Nazri b. Mammud

3) Apa tindakan anda bila kena marah?
Diam je,

4) Apakah perkataan pertama yang keluar selepas anda dimarahi?
Diam & menangis

5) Antara bentes kaki dengan pijak kaki, mana pilihan anda jika anda dapati anda tidak bersalah?
dua2 x nak..

6) Rasanya, bila anda kena marah, anda akan lepaskan pada orang sekeliling kah? Atau siput tepi pasu? Atau pokok daun semalu?
Tengok pada keadaan..

7) Apakah ucapan anda kepada orang yang suka marah2?
bersabar jangan nak ikut perasaan sangat.........

Monday, July 6, 2009

Cepat masa berlalu

Dalam diam x diam ariff dah nak masuk 1 tahun 7 bulan.Ariff dah pandai bercakap dan apa yang kita suruh dia faham.Tapi sekarang ni terlalu manja sampai nak bergerak pun x boleh.Masa dia tido baru lah boleh buat keja.Rimas dibuatnya, tapi apa boleh buat terpaksa ikut kerenahnya.Harap2 selepas ni ariff x lah manja macam sekarang.

Friday, July 3, 2009

Gambar Ariff Tido


Gambar ni aku ambil masa ariff tengah tido, x da keja la ni anak tengah tido pun nak abik gambar.kelakar juga muka ariff pastu nampak macam tembang pulak tu.Apa la ibu ni orang tengah tido pun nak abik gambar gak.......

Thursday, July 2, 2009

Brithday Husband

24/6/09 ari tu brithday husband aku, tapi aku terlupa nak update dalam blog disebabkan sibuk ngan 5 sengal.Buat husband tersayang happy brithday I Love You.Semoga di panjangkan umur dan dimurahkan.Di samping tu juga harap2 mahligai yang kita bina ni akan kekal buat selama-lamanya.

Wednesday, July 1, 2009

Sijil 5S

Akhirnya kementerian Kewangan Putrajaya berjaya mendapat sijil 5S dari MPC.Alhamdulilah.Yeay..sukanya.

Wednesday, June 24, 2009

X Sihat

Ari isnin 22/6/09 aku Mc x sihat dan termasuklah anak-anak aku sekali semuanya deman dan batuk.Pastu nak dijadikan cerita aku tengah bersiap-siap nak gi klinik, tiba-tiba suami aku panggil, anak aku jatuh kulit kepalanya terbelah terkena mozek , lepas tu aku terus letak minyak gamat,nasib baik darah berhenti.Masa sampai kat klinik tu aku terus ke kaunter pendaftaran.Dalam masa 15 minit baru masuk bilik doktor. Lepas tu doktor cuci darah yang kering dan baru lekatkan gam.Alahamdulilah semuanya ok.

SELAMAT HARI BAPA

ucapan hari bapa ni khas buat suami tersayang dan buat abah aku.Terima kasih sebab menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak kita.I Love You.

Thursday, June 11, 2009

Takziah...........

Takziah buat keluarga Shukery Hashim yang telah kembali kerahmatulah pada 10 Jun 2009. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Marilah kita sama-sama sedekahkan surah AL-Fatihah buat arwah.

Bz Sangat!!!!!!!!!!!!

Dah lama rasanya aku x apted blog, sebab skg ni macam2 masalah yang aku hadapi termasuklah sibuk dengan 5S, masalah kedua pula ,mak mertua aku sakit jadi public holidays pun x dapat nak bawa anak2 gi jln, diorg dah sibuk tanya ,kita x gi jln mana2ke?.Aku dah serba salah skg ni kan musim cuti sekolah .Aku doakan semoga mak mertua aku cepat sembuh, lepas ni bolehlah aku bawa anak2ku gi jalan.

Thursday, May 28, 2009

Jadi PA

Semalam aku jadi pa, sebab aishah cuti.Aku rasa lain je dok tempat aishah lagi pun aku x biasa ganti tempat tu,Boss ok je.Walau apa pun tulah pengalaman aku jadi pa En. gho.

Rumahku Surgaku


Nilah gambar ruang tamu umah aku . umah aku x da lah besar, sederhana je. apa-apa pun aku bersyukur mempunyai umah sendiri.Umah aku simpal je dan perabot pun biasa , cukuplah dengan gaji aku yang x seberapa ni.Mungkin lepas ni kalau ada rezeki aku nak buat umah kat kampung,apa-apa pun kita tunggu dan lihat................

Hero-heroku






Gambar ni aku ambil masa kat hospital PPUM, masa tua aku gi melawat mak mertuaku,disebabkan budak-budak x digalakan masuk so aku bawalah dia orang pi mai kat taman permainan.Masa gi hospital kakak tak ikut tu lah gambar dia x da .bukan main suka lagi di orang , nilah peluang di orang nak bersuka ria, asyik terperat dalam umah je.

Tuesday, May 26, 2009

Pertandingan Bowling Anjuran Kelab BMKD


Hari Ahad lepas, Kelab BMKD telah menganjurkan pertandingan Bowling bertempat di South City Plaza Seri Kembangan.Kumpulan kami diberi nama Jenahak, tapi aku aku x main pun, yang main cuma sazli, zila dan juga husband aku (bagi pihak).Aku nak ucap terima kasih buat di orang sebab dapat no.2 dalam pertandingan tu.Sorry , cilok gambar ni dalam blog zila.............

Award dari Qu33nz


Award dari Qu33nz , thank sebab sudi bagi award..........

Hari jadi nazran


hari khamis 22/5/09 genaplah umur nazran 5 tahun.Ibu dan ayah doakan semua nazran di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Tahun ini hari jadi nazran x dapat di sambut kerana buat masa ni wan (mak mertua) sakit, dan masih lagi berada di hospital. kami doakan semoga wan cepat sembuh .amin.....

Wednesday, May 20, 2009


ni gambar terbaru kakak ngan anak buah.

Monday, May 18, 2009

Kad hari Ibu

Hari khamis balik je umah kakak bagi aku sesuatu , ingat kan apa rupa2nya kad hari
ibu , kad tu dia buat kak sekolah .Aku berasa terharu kerana ini kali pertama aku dapat kad hari ibu dari anak ku.



terima kasih anakku

hari jumaat ari tu tak dapat nak updated blog sebab aku terpaksa balik kampung mak mertua aku masuk wad, aku doakan semoga mak mertua aku cepat sembuh.

Bawa ariff check-up

Hari khamis lepas bawa ariff gi check-up,berat dia naik sikit je, bulan lepas berat dia 8.4 tapi ari tu 8.7 naik lah sikit.aku harap berat ariff naik bulan depan bukanya apa x larat nak bawa check-up tiap2 bulan.Bulan depan nanti ariff kena ejenction yang 1 tahun 5 bulan tu.Kalau berat ariff naik x yah nak gi check-up lagi, bolehlah tutup buku.....

Tuesday, May 12, 2009

Dapat Souvenir.........


semalam masa nak balik kak azmah panggil ingatkan apa,rupa2nya dia nak bagi souvenir kat aku. kalau nak tahu souvenir tu sama ngan zila.sampai je umah aku terus gantung kat bilik sebelum hero2ku mengerjakannya.Aku suka sangat souvenir tu , terima kasih kak azmah.

Monday, May 11, 2009

Telatah anak bongsu ..............




Sekarang umur ariff dah masuk 1 tahun 5 bulan 1 hari.alhamdulilah ariff dah pandai panggil ibu dan ayah.Ariff seorang yang aktif , sampailah kakak dan abang2nya kena pukul. Kadang2 tu dia yang kena pukul kat kakak dan abang2nya.Tapi apa-apa pun aku bersyukur mempunyai permata hati kerana mereklah yang memeriahkan lagi rumahtanggaku.
Ni lah gambar ariff yang terkini............

Tag dari zilla

nama timangan anda :
Masa sekolah : dilla

anda seorang yang :
biasa........

insan teristimewa? describekan dia terlalu istimewa di mata anda :
Suami dan anak-anakku ,pastu family aku

lagu kesukaan anda :
rock dan sentimental

makanan kesukaan anda :
nasi kerabu dan tauhu bakar

warna kesukaan anda :
biru....

tiga benda mesti ada dalam bag anda :
wallet, handphone , mekap & kunci umah

kali terakhir masa anda menangis & kenapa :
biar rahsia antara aku..........

Aktiviti hujung minggu

Semalam aku dan anak-anaku pergi ke pusat bowling kat salak selatan.Sebab kat sana suami ku ada perlawanan boling anjuran Syarikat Omela.Suami aku yang jadi urusetia.Perlawanan tu mula jam 2.00 ptg dan tamat kat pukul 6.00 ptg.Nak dijadikan cerita team suami aku kalah hanya dapat tempat ke 5 dapatlah duit rm 300 malaysia.Macam mana x kalah dahlah jadi urusetia berkejar sana sini x dapat nak main dengan tenang tu asalan je............... Apa -apa pun taniah kat team esso.

Selamat Hari Ibu

Selamat hari Ibu buat mak & ibu mertua ku. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Buat Ibu tersayang jasa mu akan ku kenang buat selama-lamanya.I love you mak.Tak lupa juga buat diri sendiri , selamat hari ibu, semoga aku menjadi seorang ibu yang baik walaupun berbagai ujian dan dugaan yang aku terima untuk membesarkan anak2 dan juga mendidik mereka semoga menjadi anak2 yang soleh dan beriman.

Thursday, May 7, 2009

Aktiviti 5S

sudah 2 hari aku dan rakan-rakan melakukan aktiviti mengemas bilik fail.memang rasa penat, tapi gembira kerana mendapat kerjasama daripada mereka yang terlibat.Perasaan gembira benar-benar membuat aku hilang rasa kepenatan itu Kepada mereka yang terlibat terima kasih di atas sumbangan tenaga yang diberikan.Sifat kerjasama ini yang mengeratkan lagi hubungan sesama insan yang bergelar manusia. Kepada mereka yang menaja makan 2 hari berturut-turut terima kasih . Harap-harap lepas ni ada lagi yang sudi belanja .

Tuesday, April 14, 2009

hamper dan blender hadiah hari keluarga


hamper ngan blender ni aku dapat masa hari keluarga kat FRIM pada hari sabtu 11/4/09.
ini lah dikatakan rezeki.

Friday, March 13, 2009

gambar anak ngan anak-anak saudara

masjid kristal


masjid pertama di malaysia dibina daripada kaca dan keluli.masjid ini dibina di atas keluasan tanah 2,146 meter persegi terletak di pulau wan man kuala terengganu.

Thursday, March 12, 2009

geng upinipin


ini kartun kesukaan hero-hero ku.

Tuesday, March 10, 2009

Tag From ZIZOU....

Pertama kali Mengandung!!!!

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Tak pon.. Memang nak baby cepat2..

2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
nurul nabihah

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
happy sesangat!!! x tau macam aner nak cakap!!

4.. HOW OLD WERE YOU?
24 years old.

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
pregnancy test..

6. WHO DID YOU TELL FIRST?
Suami

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
ya

8. DUE DATE?
18 Januari 2002

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Mabuk sampai 3 bulan lebih...

10. WHAT DID YOU CRAVE?
x da pun

11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
NASI

12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Girl...

13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?
x kisah pon

14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
45kg

15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Takde pon..

17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Tak de pon....

18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Hospital Putrajaya

19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
Dalam setengah jam lepas tu bersalin

20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
suami

21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
2-3 org termasuk suamiku

22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Normal

23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Takde pon....

24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGHT?
2.1kg

25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
awal 1 bulan

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
nurfatihah atikah

Thursday, February 26, 2009

gambar member-member masa buat kad untuk brithday boss




gambar ambik pada 25/02/09 sempena brithday boss.

Friday, January 16, 2009

Ini gambar aku dengan sharifah Amani


Gambar aku aku ngan sh.Amani ini masa gi kursus kat Hotel crown Princess

Husbandku



Ini pula gambar suami ku tersayang.Sekarang ni usia perkahwinan kami akan menjangkau 7 tahun bulan empat nati. Semoga mahligai yang kami bina ini akan kekal ke akhir hayat.Buat suami ku I Love You .
brithday 24/06/1966

Anak Sulung


brithday 18/12/2002