Wednesday, July 22, 2009

Gambar Anak Era Fazira






Engku Aleesya (Engku Emran) selamat dilahirkan secara normal di Hospital Pakar Perubatan Damansara di sini pada pukul 11.40 pagi, 30 Mac lalu.

Alahai, comelnya anak Erra Fazira…

Roslin Tuntut RM50,000



KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara, Roslin Hashim, 34, merancang mengemukakan saman RM50,000 terhadap bekas isteri yang dikahwininya 12 hari sebagai tuntutan ganti rugi terhadap belanja dan kos perkahwinan yang dikeluarkan sebelum ini.

Dia yang dihubungi Harian Metro semalam berkata, hasrat berkenaan berikutan keinginan menuntut kembali haknya sepanjang melayari perkahwinan singkat itu.

Menurutnya, saman berkenaan akan difailkan sejurus dia memperoleh surat pembatalan pernikahan yang kini belum dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya di sini.

“Saya tidak berdendam dan marah dengan kemelut yang pernah menjadi isu besar sehingga membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya mahukan hak saya dikembalikan. Yang lepas biarlah lepas, namun saya tetap dengan pendirian itu tanpa dipaksa sesiapa,” katanya yang enggan mengulas secara panjang lebar.
Roslin berkata, surat pembatalan pernikahan sepatutnya boleh disiapkan dalam tempoh dua minggu, namun dia pelik mengapa ia belum dikeluarkan walaupun perceraian mereka disahkan mahkamah pada awal Mei lalu.
Akibat kelewatan surat pembatalan pernikahan itu, saya terpaksa menangguhkan proses memfailkan saman terhadap bekas isteri,” katanya.

Sebelum ini, difahamkan mahkamah meminta Roslin menyerahkan dokumen perkahwinan sah untuk membolehkan proses mengeluarkan surat pembatalan pernikahan dibuat.

Bagaimanapun, ia tertangguh sementara berikutan dia hanya menyerahkan surat dokumen perkahwinan sementara kerana belum menerima dokumen asal yang diperlukan mahkamah.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian saya melalui peguam, menyerahkan dokumen itu untuk mempercepatkan proses mendapatkan dokumen pembatalan pernikahan tapi kecewa kerana ia belum dapat diselesaikan hingga kini,” katanya.

Ditanya sama ada keinginannya mendapatkan segera surat itu ada kaitan dengan hasrat untuk berkahwin kali kedua, Roslin enggan mengulas lanjut dan menyerahkan perkara itu kepada takdir Ilahi.

“Masih terlalu awal untuk membincangkan soal itu (perkahwinan kali kedua) kerana saya mempunyai banyak perkara mustahak lain yang perlu diuruskan saat ini,” katanya.

Kisah Roslin dan bekas isterinya, Faizah Mohamad, 32, pernah menjadi isu hangat apabila pemain badminton negara itu dikatakan tiba-tiba melafazkan cerai talak satu hanya selepas 12 hari mendirikan rumah tangga.

Roslin yang melafazkan cerai di rumah bapa mentuanya di Puchong, dekat sini, mendakwa mempunyai alasan kukuh yang menyebabkan dia terpaksa melepaskan isterinya itu.

Bagaimanapun, Faizah mendakwa Roslin mengambil keputusan terburu-buru menceraikannya sedangkan kemelut melanda rumah tangga mereka sepatutnya boleh diselesaikan melalui perbincangan.

Konflik berkenaan berakhir apabila Hakim Syarie Jamil Ahmad memutuskan lafaz cerai dibuat Roslin pada 11 Februari lalu adalah sah berdasarkan sumpah yang dibuat pemain badminton itu yang menyatakan tiada persetubuhan berlaku antara mereka berdua sepanjang perkahwinan.

Thursday, July 16, 2009

Tag dari zilla

1) Bila last kena marah?
Dua bulan lepas

2) Kena marah dengan siapa? Letakkan nama penuh beliau.
Nazri b. Mammud

3) Apa tindakan anda bila kena marah?
Diam je,

4) Apakah perkataan pertama yang keluar selepas anda dimarahi?
Diam & menangis

5) Antara bentes kaki dengan pijak kaki, mana pilihan anda jika anda dapati anda tidak bersalah?
dua2 x nak..

6) Rasanya, bila anda kena marah, anda akan lepaskan pada orang sekeliling kah? Atau siput tepi pasu? Atau pokok daun semalu?
Tengok pada keadaan..

7) Apakah ucapan anda kepada orang yang suka marah2?
bersabar jangan nak ikut perasaan sangat.........

Monday, July 6, 2009

Cepat masa berlalu

Dalam diam x diam ariff dah nak masuk 1 tahun 7 bulan.Ariff dah pandai bercakap dan apa yang kita suruh dia faham.Tapi sekarang ni terlalu manja sampai nak bergerak pun x boleh.Masa dia tido baru lah boleh buat keja.Rimas dibuatnya, tapi apa boleh buat terpaksa ikut kerenahnya.Harap2 selepas ni ariff x lah manja macam sekarang.

Friday, July 3, 2009

Gambar Ariff Tido


Gambar ni aku ambil masa ariff tengah tido, x da keja la ni anak tengah tido pun nak abik gambar.kelakar juga muka ariff pastu nampak macam tembang pulak tu.Apa la ibu ni orang tengah tido pun nak abik gambar gak.......

Thursday, July 2, 2009

Brithday Husband

24/6/09 ari tu brithday husband aku, tapi aku terlupa nak update dalam blog disebabkan sibuk ngan 5 sengal.Buat husband tersayang happy brithday I Love You.Semoga di panjangkan umur dan dimurahkan.Di samping tu juga harap2 mahligai yang kita bina ni akan kekal buat selama-lamanya.

Wednesday, July 1, 2009

Sijil 5S

Akhirnya kementerian Kewangan Putrajaya berjaya mendapat sijil 5S dari MPC.Alhamdulilah.Yeay..sukanya.