Thursday, May 28, 2009

Jadi PA

Semalam aku jadi pa, sebab aishah cuti.Aku rasa lain je dok tempat aishah lagi pun aku x biasa ganti tempat tu,Boss ok je.Walau apa pun tulah pengalaman aku jadi pa En. gho.

Rumahku Surgaku


Nilah gambar ruang tamu umah aku . umah aku x da lah besar, sederhana je. apa-apa pun aku bersyukur mempunyai umah sendiri.Umah aku simpal je dan perabot pun biasa , cukuplah dengan gaji aku yang x seberapa ni.Mungkin lepas ni kalau ada rezeki aku nak buat umah kat kampung,apa-apa pun kita tunggu dan lihat................

Hero-heroku






Gambar ni aku ambil masa kat hospital PPUM, masa tua aku gi melawat mak mertuaku,disebabkan budak-budak x digalakan masuk so aku bawalah dia orang pi mai kat taman permainan.Masa gi hospital kakak tak ikut tu lah gambar dia x da .bukan main suka lagi di orang , nilah peluang di orang nak bersuka ria, asyik terperat dalam umah je.

Tuesday, May 26, 2009

Pertandingan Bowling Anjuran Kelab BMKD


Hari Ahad lepas, Kelab BMKD telah menganjurkan pertandingan Bowling bertempat di South City Plaza Seri Kembangan.Kumpulan kami diberi nama Jenahak, tapi aku aku x main pun, yang main cuma sazli, zila dan juga husband aku (bagi pihak).Aku nak ucap terima kasih buat di orang sebab dapat no.2 dalam pertandingan tu.Sorry , cilok gambar ni dalam blog zila.............

Award dari Qu33nz


Award dari Qu33nz , thank sebab sudi bagi award..........

Hari jadi nazran


hari khamis 22/5/09 genaplah umur nazran 5 tahun.Ibu dan ayah doakan semua nazran di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Tahun ini hari jadi nazran x dapat di sambut kerana buat masa ni wan (mak mertua) sakit, dan masih lagi berada di hospital. kami doakan semoga wan cepat sembuh .amin.....

Wednesday, May 20, 2009


ni gambar terbaru kakak ngan anak buah.

Monday, May 18, 2009

Kad hari Ibu

Hari khamis balik je umah kakak bagi aku sesuatu , ingat kan apa rupa2nya kad hari
ibu , kad tu dia buat kak sekolah .Aku berasa terharu kerana ini kali pertama aku dapat kad hari ibu dari anak ku.



terima kasih anakku

hari jumaat ari tu tak dapat nak updated blog sebab aku terpaksa balik kampung mak mertua aku masuk wad, aku doakan semoga mak mertua aku cepat sembuh.

Bawa ariff check-up

Hari khamis lepas bawa ariff gi check-up,berat dia naik sikit je, bulan lepas berat dia 8.4 tapi ari tu 8.7 naik lah sikit.aku harap berat ariff naik bulan depan bukanya apa x larat nak bawa check-up tiap2 bulan.Bulan depan nanti ariff kena ejenction yang 1 tahun 5 bulan tu.Kalau berat ariff naik x yah nak gi check-up lagi, bolehlah tutup buku.....

Tuesday, May 12, 2009

Dapat Souvenir.........


semalam masa nak balik kak azmah panggil ingatkan apa,rupa2nya dia nak bagi souvenir kat aku. kalau nak tahu souvenir tu sama ngan zila.sampai je umah aku terus gantung kat bilik sebelum hero2ku mengerjakannya.Aku suka sangat souvenir tu , terima kasih kak azmah.

Monday, May 11, 2009

Telatah anak bongsu ..............




Sekarang umur ariff dah masuk 1 tahun 5 bulan 1 hari.alhamdulilah ariff dah pandai panggil ibu dan ayah.Ariff seorang yang aktif , sampailah kakak dan abang2nya kena pukul. Kadang2 tu dia yang kena pukul kat kakak dan abang2nya.Tapi apa-apa pun aku bersyukur mempunyai permata hati kerana mereklah yang memeriahkan lagi rumahtanggaku.
Ni lah gambar ariff yang terkini............

Tag dari zilla

nama timangan anda :
Masa sekolah : dilla

anda seorang yang :
biasa........

insan teristimewa? describekan dia terlalu istimewa di mata anda :
Suami dan anak-anakku ,pastu family aku

lagu kesukaan anda :
rock dan sentimental

makanan kesukaan anda :
nasi kerabu dan tauhu bakar

warna kesukaan anda :
biru....

tiga benda mesti ada dalam bag anda :
wallet, handphone , mekap & kunci umah

kali terakhir masa anda menangis & kenapa :
biar rahsia antara aku..........

Aktiviti hujung minggu

Semalam aku dan anak-anaku pergi ke pusat bowling kat salak selatan.Sebab kat sana suami ku ada perlawanan boling anjuran Syarikat Omela.Suami aku yang jadi urusetia.Perlawanan tu mula jam 2.00 ptg dan tamat kat pukul 6.00 ptg.Nak dijadikan cerita team suami aku kalah hanya dapat tempat ke 5 dapatlah duit rm 300 malaysia.Macam mana x kalah dahlah jadi urusetia berkejar sana sini x dapat nak main dengan tenang tu asalan je............... Apa -apa pun taniah kat team esso.

Selamat Hari Ibu

Selamat hari Ibu buat mak & ibu mertua ku. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Buat Ibu tersayang jasa mu akan ku kenang buat selama-lamanya.I love you mak.Tak lupa juga buat diri sendiri , selamat hari ibu, semoga aku menjadi seorang ibu yang baik walaupun berbagai ujian dan dugaan yang aku terima untuk membesarkan anak2 dan juga mendidik mereka semoga menjadi anak2 yang soleh dan beriman.

Thursday, May 7, 2009

Aktiviti 5S

sudah 2 hari aku dan rakan-rakan melakukan aktiviti mengemas bilik fail.memang rasa penat, tapi gembira kerana mendapat kerjasama daripada mereka yang terlibat.Perasaan gembira benar-benar membuat aku hilang rasa kepenatan itu Kepada mereka yang terlibat terima kasih di atas sumbangan tenaga yang diberikan.Sifat kerjasama ini yang mengeratkan lagi hubungan sesama insan yang bergelar manusia. Kepada mereka yang menaja makan 2 hari berturut-turut terima kasih . Harap-harap lepas ni ada lagi yang sudi belanja .