Tuesday, December 21, 2010

Brithday fatihah 8 Tahun


Hari sabtu 18/12/2010 genaplah umur fatihah 8 tahun.Ibu dan ayah doakan semoga di panjangkan umur dan dimurahkan.Di samping ibu juga doakan semoga menjadi anak yang soleh dan menghormati orang tua.

Tuesday, December 14, 2010

Brithday Ariff 3 Tahun


10/12/2010 genaplah umur ariff 3 tahun.Happy brithday ibu dan ayah doakan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Wednesday, October 6, 2010

Gambar Jamuan Ari Raya (tempat kak Zah)






Terima kasih kak zah, kak naimah, kak rozi, lin, en.khosri dan jugak azli kerana sudi jemput makan.

Monday, September 27, 2010

Monday, September 6, 2010

Selamat Ari Raya Aidilfitri


Kepada rakan-rakan selamat ari raya aidilfitri , maaf zahir & batin.Semoga selamat pulang ke kg halaman dan selamat kembali bekerja semula.

Tuesday, August 17, 2010

Brithday Mohd Shah Iskandar


Ari ni 17 Ogos 2010 genaplah umur mohd Shah 5thn.Ibu dan ayah doakan semoga dipanjangkan umur dah dimurahkan rezeki serta menjadi anak yg soleh.Amin..........

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak


kepada semua umat Islam selamat menyambut Ramadan al-mubarak.semoga puasa tahun ini membawa seribu keberkatan.

Thursday, July 29, 2010

Appoiment Ariff


Ari selasa 27.7.2010 bawa ariff gi jumpa doktor folow up blik asma ari tu.Alhamdulillah asma ariff dah bertambah baik, doktor cakap lepas ni ariff hanya perlu pakai ubat asma mlm saja.klau dulu dia kena pakai 2 kali sehari.Utk appoiment akan dtg doktor bagi 4 bln,tengok bln 11 ni klau asma ariff ok, ariff x yah pakai ubat asma lagi.harap2 semuanya ok.

Thursday, June 24, 2010

Happy Brithday

Happy brithday buat suami tersayang, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Semoga mahligai yang kita bina akan kekal hingga ke akhir hayat.

Monday, May 31, 2010

Kembali ke Rahmatullah Pn. Norhashimah bt Wahid

KLANG: Seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami jangkitan paru-paru yang serius ketika menjalani latihan intensif ala komando di sebuah kem latihan di Banting, dekat sini.

Norhashimah Wahid, 30, yang baru mengikuti latihan selama tiga setengah bulan itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, sejak empat hari lalu.

Ibu kepada seorang anak itu, yang sebelum ini bekerja di sektor perbankan, mula menjalani latihan asas di situ sebagai syarat kelayakan untuk menjadi PTD.

Abang ipar Norhashimah, Zulyusri Zainal Abidin, 33, berkata mangsa pernah mengadu tidak sihat dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan ketika menjalani latihan tetapi hanya disahkan demam biasa sebelum kembali ke kem terbabit.

“Norhashimah pernah memberitahu tenaga pengajar yang beliau mahu pulang ke rumah untuk berehat tetapi dimaklumkan, jika enggan meneruskan latihan, beliau perlu menjalani semula latihan berkenaan selepas dua tahun,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di pekarangan bilik Unit Rawatan Rapi HTAR, di sini, semalam.

Zulyusri berkata, walaupun masih dalam keadaan lemah, adik iparnya itu dikatakan dipaksa menjalani latihan sama selepas bersetuju meneruskannya.
“Melihatkan keadaan Norhashimah yang lemah, beberapa rakannya mencadangkan beliau supaya berhenti atau mengambil cuti dan cadangan berkenaan dipersetujuinya.

“Bagaimanapun, seorang tenaga pengajar datang ke tempat Norhashimah sebelum memaksanya kembali meneruskan latihan.

“Ketika Norhashimah mahu mengambil sehelai jaket untuk mengurangkan kesan demam, tenaga pengajar terbabit merampas jaket berkenaan dan menyuruhnya terjun ke dalam sebuah parit berlumpur,” katanya.

Zulyusri berkata, selepas beberapa hari, keadaan Norhashimah menjadi semakin lemah serta tercungap-cungap sebelum beberapa rakan pelatih membawanya menemui tenaga pengajar di situ supaya dihantar menjalani rawatan di Hospital Banting (HB).

“Norhashimah hanya ditempatkan di wad HB selama sehari dan pernah memohon pihak kem supaya memaklumkan keadaan dirinya kepada keluarga tetapi tidak diendahkan, sebaliknya tiba semula di kem itu, beliau diarah menjalani latihan walaupun masih lemah.

“Adik ipar saya kemudian jatuh pengsan selepas keadaannya bertambah teruk. Tenaga pengajar kemudian membawanya menjalani rawatan di HB sebelum dipindahkan ke HTAR. Beliau kemudian disahkan mengalami jangkitan paru-paru berair (pneumonia) yang menyebabkannya sukar bernafas,” katanya.

Zulyusri berkata, keluarga Norhashimah berhasrat membuat laporan polis mengenai dakwaan pihak pengajar dan pengurusan kem terbabit yang didakwa gagal menjaga kebajikan pelatih dan berkemungkinan menyaman pihak terbabit jika dakwaan itu benar.

Monday, May 24, 2010

Brithday Nazran


Hari sabtu 22/5/2010 genaplah umur nazran 6 Tahun. Ibu doakan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh dan menghormati ibubapa.Happy Brithday.............

Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu buat mak, mak mertua dan x lupa juga buat diri sendiri.Aku harap aku menjadi seorang ibu yang penyabar .Disamping itu juga aku berharap dapat mendidik anak-anak menjadi anak yang berjaya dan juga menghormati ibubapa.Insyallah aku akan cukup menjadi seorang ibu yang berjaya dalam menempoh segala dugaan. Amin............

Family Day Kat Felda Hot Spring, Sungkai Perak



Sebenarnya family day di buat pada 24 dan 25 April 2010.tapi aku baru nak update.Dan adalah sedikit gambar yang telah dicilok dari blog zila.jangan marah ya zila.

Tuesday, April 6, 2010

Hari ulangtahun perkahwinan

Hari ni genaplah usia perkahwinan aku 8 tahun.semoga ikatan yang dibina ini akan kekal ke akhir hayat. di samping itu juga aku doakan semoga di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki.amim

Ariff masuk ward

Hari Jumaat tu ariff batuk dan selsema tapi x deman.Petang masa aku balik keja tu ariff masih lagi aktif. Tiba-tiba lepas maghrib tu nafas ariff laju sgt.aku adn suami terus bawa dia ke Hospital PPUM bahagian kecemasan. Sampai je kat situ diorang chek dan tengok ariff punya nafas dan terus je masuk bilik pakai oksigen.Pastu Ambik darah dan x-ray.siap je semua terus je naik ambulans utk hantar ke wad.Masa kad ward tu ariff diberi utk antibiotik dan pakai ubat asma dengan menggunakan arocember.dan skg ni ariff kenalah pakai ubat asma.

Friday, March 5, 2010

Brithday

Semalam 4 mac 2010 genaplah umur aku 32 tahun.sekejap je masa berlalu.tapi apa-apa pun aku doakan semoga aku di panjangkan umur dan dimurahkan, dan bahagia dengan orang tersayang.happy brithday tu you......